|
Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi
Assalamualaikum w.b.t. Laman ini diwujudkan bagi merapatkan silaturahim diantara ahli-ahli PMMM dan dikhususkan hanya untuk ahli-ahli sahaja. Segala kritikan bolehlah disalurkan di sini. Segala cadangan yang membina amat di alu-alukan. Semoga group ini akan memberi faedah kepada kita semua. Majulah PMMM untuk warga Malaysia Di Morocco. Kepada semua Ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia Morocco ( PMMM), di kesempatan ini kami ingin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang teramat mulia ini. Pastinya kita telah ketahui, Puasa Ramadhan telah di wajibkan ke atas kita sebagaimana Firman Allah SWT "Wahai orang-orang yang beriman,telah difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah difardukan ke atas mereka yang sebelum daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaQwa."(Al-Baqarah: 183). Dalam hadis Nabi yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim "Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Maka wajiblah ke atas kita untuk menunaikan kewajipan ini, apatah lagi kita yang bergelar Mahasiswa Islam ini. Ramadhan ini juga, marilah sama-sama kita melipat gandakan amalan supaya menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat. Hanya dengan tidak makan dan minum di siang hari, puasa bukanlah menjadikan kita lemah namun hakikatnya dapat menjadikan kita sebagai umat islam yang lebih bertenaga,aktif serta proaktif untuk menjana kekuatan jati diri kita sebagai seorang Muslim, InsyaAllah. Akhir kata, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa daripada BIRO PENERBITAN DAN DOKUMENTASI PMMM 07/08 . Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadahan yang telah kita lalui sebelum ini dan semoga kita keluar daru ramadhan ini dengan fitrah yang baru. "Keutamaan Membaiki Diri Pemangkin Mahasiswa Hadhari" |
|
|||